Cara Buat Chia Pudding Untuk Sarapan Pagi Yang Sihat

chia seeds pudding

Mulakan hari anda dengan sarapan bertenaga Chia Pudding

Chia Seeds semakin menempah nama di kalangan masyarakat yang prihatin tentang kesihatan. Bijirin berwarna hitam ini nampak kecil tetapi jangan tertipu –  ia penuh dengan nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan kita.

Chia seeds sebenarnya sangat popular kerana ia sangat mudah untuk diamalkan. Hanya tabur atas apa-apa minuman kegemaran anda. Tetapi seperti kebanyakan makanan lain, ia juga telah diolah dan diadun menjadi resepi yang lebih sedap dan bukan sekadar supplemen harian.

Hari ini kita akan pelajari cara buat Chia Seeds Pudding

Ada 3 komponen utama resepi ini:

  1. Chia Seeds
  2. Susu
  3. Perisa

Chia seeds dan susu membentuk asas pudding ini. Chia Seeds sangat kaya dengan serat atau fiber, oleh itu ia mampu menyerap air sehingga 20 kali ganda beratnya. Ia juga akan membentuk membran seperti agar-agar yang menyelaputi biji Chia Seeds dan ini akan memberikan tekstur seperti pudding.

Untuk setiap gelas susu, anda perlukan 1/4 gelas chia seeds. Jadi kalau anda buat 2 gelas susu, anda akan gunakan 1/2 gelas chia seeds. Boleh kira sendiri nisbahnya untuk kuantiti yang anda mahukan.

Untuk susu juga anda ada banyak pilihan. Boleh guna susu segar untuk buat pudding ini, dan itu cara paling mudah. Tetapi bagi komuniti vegan, mereka tak suka minum susu lembu, jadi mereka gunakan susu badam atau almond milk, atau ada juga yang gunakan santan atau coconut milk. Memang sedap juga kalau guna santan.

Perisa yang digunakan juga hanya terhad kepada imaginasi dan kreativiti anda. Anda boleh gunakan madu untuk memaniskan pudding, dan itu dikira original flavor bagi hidangan ini. Anda juga boleh gunakan coklat, vanila, kopi, dan apa saja perisa yang anda suka selagi sedap pada tekak anda.

Langkah:

  1. Tuang chia seeds ke dalam susu
  2. Tuang perasa yang anda mahukan
  3. Kacau semua bahan sehingga sebati
  4. Simpan dalam peti sejuk semalaman

Bila anda bangun pagi, akan ada sarapan sihat dan bertenaga menanti anda. Bukan susah untuk menjadi lebih sihat!

Untuk lebih jelas, tonton video ringkas 3 minit ini untuk cara buat chia seeds pudding:

Harap anda suka resipi ini. Siapa yang dah try, sila post di IG atau Facebook dan tag kami @slimmtreats supaya kami boleh like dan share post anda ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *