Fiber Larut dan Tidak Larut: Apakah Perbezaannya?

Dua Jenis Fiber dan Manfaat Serta Perbezaannya

Fiber semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat yang prihatin tentang kesihatan. Pada awalnya kegunaan fiber ini hanyalah untuk melawaskan sistem penghadaman. Tetapi kajian terbaru menunjukkan fiber juga membantu dari aspek lain seperti kolesterol, tekanan darah, dan juga kesihatan sistem penghadaman secara umumnya. Mari kita lihat khasiat fiber dalam bentuk soluble (larut) dan insoluble (tidak larut).

Apa Itu Fiber?

Fiber adalah bahagian makanan yang tidak dihadam oleh badan. Fiber biasanya didapati dengan kuantiti yang lebih banyak dalam tumbuhan seperti sayur dan buah. Oleh kerana ia tidak dihadam oleh badan, ia menambah berat sisa makanan dan membantu melawaskan proses buang air besar.

Fiber Tidak Larut (Insoluble Fiber)

Serat (fiber) yang tidak larut adalah fiber yang tidak larut dalam air. Ia kekal dalam keadaan pejal sepanjang perjalanan melalui sistem penghadaman. Fiber yang tak larut boleh didapati dalam biji-bijian, kulit buah dan sayuran, dan juga whole wheat bread.

Fiber Larut (Soluble Fiber)

Serat (fiber) larut adalah fiber yang larut dalam air. Ia juga tidak dihadam oleh badan walaupun larut dalam air. Soluble fiber terdapat dalam oatmeal, kekacang, epal, dan juga chia seeds.

Terdapat banyak manfaat tambahan soluble fiber ini antaranya:

  1. Melindungi Jantung – Soluble fiber boleh berinteraksi dengan kolesterol dan menjadikan kolesterol itu tidak diserap oleh badan. Ini sangat elok untuk mengelakkan penyakit jantung.
  2. Melindungi dari Diabetes – Fiber boleh melengahkan proses penyerapan gula ke dalam darah. Ini sangat bermanfaat untuk pesakit diabetes. Ia juga boleh menghindakan penyakit diabetes.
  3. Mengurangkan berat badan – Fiber membantu mengurangkan selera makan dengan menyerap air dan menjadikan kita cepat kenyang dan rasa kenyang tu tahan lama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *