Pengoksidaan dan Fungsi Antioksidan

antioksidan

Bagaimana Pengoksidaan Berlaku dan Cara Untuk Bantu Tubuh Kita Melawannya

Adakah anda bernafas hari ini?

Jika ya, anda telahpun menghasilkan pengoksidaan. Pengoskidaan ialah proses membakar bahan bakar seperti lemak dan gula dengan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran ini akan menghasilkan sisa pembakaran yang juga dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas ini bersifat tidak stabil dan akan menyerang sel-sel badan yang sihat untuk mencapai kestabilan.

Sila lihat gambar berikut:

radikal bebas mencuri elektron

Radikal bebas yang bersifat tidak stabil mencuri elektron dari sel yang sihat, menyebabkan kecederaan kepada sel yang sihat.

Bagaimana untuk menentang serangan radikal bebas?

antioksidan menderma elektron

Lihat gambar di atas, dimana molekul antioksidan mendermakan elektron kepada radikal bebas yang tidak stabil kerana kekurangan elektron.

Apabila radikal bebas telah stabil, ia tidak lagi mengganggu sel-sel badan dan melakukan kerosakan.

Tetapi apa yang berlaku kepada molekul antioksidan? Apabila ia mendermakan elektron kepada radikal bebas, tidakkah ia menjadi tak stabil pula?

Jawapannya tidak. Molekul antioksidan mampu mendermakan sejumlah elektron dan masih kekal stabil. Sebab itulah komuniti perubatan sangat teruja dengan penemuan antioksidan yang sangat berpotensi dalam melindungi sel badan dari kerosakan.

Cara untuk melihat tindakbalas pengoksidaan berlaku

Pernahkah anda potong buah seperti epal atau atau buah lai dan selepas beberapa lama, ia menjadi gelap dan rasa pun kurang manis? Itulah kesan pengoksidaan. Dalam video di atas, eksperimen dijalankan menggunakan jus lemon. Terbukti jus lemon dapat menghalang proses pengoksidaan berlaku apabila disapukan kepada setengah epal yang dipotong.

Manakala epal yang tak disapu jus lemon menjadi gelap dan rosak akibat pengoksidaan. Jus lemon merupakan ejen antioksidan yang agak kuat.

Anda boleh cuba tips ini jika ada tetamu datang rumah dan anda hidang epal atau lain-lain buah-buahan segar. Ia akan memastikan buah anda kekal segar untuk dinikmati tetamu anda.

Apakah kesan radikal bebas terhadap tubuh badan kita?

pelari marathon

Oxidative stress

Tahukah anda, kenapa setiap kali selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak, badan kita jadi lemah dan rasa mengantuk? Ini kerana makanan yang kaya dengan gula dan lemak akan membanjiri salur darah dan organ dalaman kita dengan radikal bebas.

Kerap cedera semasa bersukan

Begitu juga kalau anda pernah dengar tentang rakan anda yang rajin berlari marathon kerap mengalami kecederaan kepada kaki terutama pergelangan kaki dan lutut. Senaman yang terlalu berat akan menghasilkan pengoksidaan berlebihan dan akan memakan sendi-sendi kita.

Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol dalam darah mengeras dan menghasilkan plak. Plak inilah yang menyumbat salur darah seterusnya menyebabkan sakit jantung dan strok.

Radikal bebas mengubah struktur DNA sel dan menyebabkan kanser

Apabila radikal bebas mencuri elektron dari molekul sel, ia akan mengubah sedikit sebanyak struktur DNA dalam sel kita. Inilah sebab utama berlakunya kanser. Apabila struktur DNA diubah, sel yang sihat akan termutasi menjadi sel kanser. Dan bila sel kanser ini membiak dan merebak ia akan menular dari Stage 1 hingga ke Stage 4 iaitu peringkat terakhir kanser.

Macam mana untuk dapatkan sumber antioksidan?

Terdapat beberapa sumber antioksidan yang sangat kuat, antaranya:

  1. Lemon
  2. Avocado
  3. Raspberry
  4. Chia Seeds

wooden-spoon-with-chia-seeds

Banyak lagi, tapi yang dalam senarai tu antara yang paling kuat. Makanan yang mengandungi aktioksidan akan membantu badan kita melindungi sel-sel yang sihat daripada kerosakan.

Berapa banyak antioksidan yang diperlukan dalam kehidupan seharian?

Itu bergantung kepada cara hidup kita. Ini senarai aktiviti yang menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan:

  1. Merokok
  2. Makan
  3. Bersenam
  4. Minum arak

Banyak lagi tapi itu adalah punca utama pengoksidaan berlaku. Jadi orang yang makan banyak perlukan lebih antioksidan. Orang yang merokok perlukan lebih antioksidan. Begitu juga orang yang rajin bersenam. Bersenam memang elok untuk kesihatan, tetapi salah satu kesan sampingannya adalah pengoksidaan berlebihan dan penghasilan radikal bebas yang berlipat ganda.

merokok menambah radikal bebas

Jadi orang yang rajin bersenam juga disyorkan untuk memulakan rejim antioksidan untuk mengimbangi penghasilan radikal bebas yang berlaku.

Tambahan pula, keadaan persekitaran kita lebih-lebih lagi jika kita tinggal di bandar – persekitaran sangat tercemar dan badan kita terpaksa proses terlalu banyak anasir toksik dari udara, air, dan makanan. Antioksidan sedikit sebanyak membantu proses menapis dan membuang unsur toksik ini, serta melindungi sel-sel badan dari kesan toksik yang masuk ke dalam badan.

Cara paling mudah mendapatkan keperluan harian anti oksidan?

Chia seeds adalah cara paling mudah untuk mendapatkan bekalan harian antioksidan yang diperlukan oleh badan. Kelebihan chia seeds sebagai sumber anti oksidan:

  1. Tak perlu telan pil. Ada orang yang memang tak boleh telan pil apa sekalipun. Tambahan pula kebanyakan pil dalam pasaran mengandungi “filler” yang mendatangkan mudarat kerana bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam filler tersebut. Dengan chia seeds, sangat mudah. Hanya tabur atas makanan atau paling senang campurkan dalam minuman.
  2. Kandungan anti oksidan yang sangat tinggi. Kandungan anti oksidan dalam chia seeds adalah antara yang paling tinggi. Ia setanding dengan avocado kalau dikira kandungan antioksidan per setiap gram. Jadi tak perlu ambil banyak pun. Dua sudu besar sehari sudah mencukupi untuk mendapatkan bekalan antioksidan harian kita.
  3. Ia tidak ada rasa yang kuat. Biji chia seeds adalah bersifat neutral dari segi spektrum rasa. Jadi ia boleh dimakan dengan pelbagai cara: masukkan dalam kari, makan dengan aiskrim, campur dalam minuman, dan lain-lain.

Pengoksidaan adalah sesuatu yang berlaku setiap hari tetapi tak ramai yang tahu apatah lagi faham secara mendalam proses ia berlaku dan kesannya terhadap badan kita. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda membuat keputusan bijak dalam menjaga kesihatan anda jangka panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *